Objektif:
murid-murid dapat tahu kejadia Fenomena Gerhana Bulan dan Gerhana Matahari.
Gerhana terdiri daripada dua, iaitu gerhana Bulan, dan
gerhana Matahari. Kedua-dua ini berlaku apabila Bumi, Bulan dan Matahari
betul-betul berada pada satu garisan yang lurus.
Yang membezakan antara dua jenis gerhana ini
ialah, apakah yang berada di tengah-tengah?
Apakah yang membentuk bayang-bayang
gergasi?
Apa pula yang terlindung?
Kita sedia maklum, Matahari adalah sumber cahaya utama di
alam semesta ini terutama Sistem Suria kita.
Kita pergi satu demi satu melihat kejadian Fenomena Gerhana Bulan dan Gerhana Matahari:
Gerhana Bulan berlaku apabila Bulan – Bumi – Matahari,
tersusun sebegitu pada garis lurus.Manakala, gerhana Matahari berlaku apabila Bumi – Bulan-
Matahari, tersusun sebegitu pada garis lurus. Lihat rajah di atas.
Apabila kejadian atau situasi di atas berlaku, cahaya
Matahari akan dihalang oleh objek yang amat besar.
Jangan terkeliru dengan fasa bulan! Fasa bulan berlaku dalam
tempoh 28 hari, di mana bula berputar mengelilingi Matahari dalam tempoh
tersebut. Sedangkan gerhana Bulan hanya berlaku pada ketika bulan purnama (full
moon) kira-kira 13-17 hb hijrah,
Di mana perubahan bentuk Bulan hanya berlaku
pada malam yang sama.
Gerhana Matahari pula berlaku apabila sebahagian atau
keseluruhan Matahari dilindung oleh objek yang besar iaitu Bulan.
Bayang-bayang Bulan yang besar menutup bahagian kecil Bumi
menjadikan sekitarnya menjadi gelap-gelita – seperti malam, dan berlaku pada
masa yang singkat sahaja.
Sekiranya kita berada dalam situasi gerhana Matahari, kita
tidak boleh melihat Matahari secara langsung. Ini kerana cahaya Matahari yang
sangat tajam boleh merosakkan titik fokus dalam mata yang boleh menyebabkan
buta.
Jadi, gunakanlah alat bantu yang sesuai, seperti negatif
filem hitam yang ditindih kira-kira 3 keping, atau melalui besen berisi air,
atau cermin mata khas seperti gambar di atas (bukan cermin mata 3D yang diberi
pinjam di pawagam! Itu tidak boleh!)
Salah satu kejadian unik yang berlaku semasa gerhana
Matahari penuh ialah fenomena gerhana cincin.
Ini terjadi kerana bahagian Bulan yang berkawah tidak
menutupi selengkapnya bahagian Matahari. Oleh sebab itu,bahagian tertentu itu
melimpahkan cahaya Matahari seperti batu cincin yang berkilau.
Gerhana Matahari penuh.
Hasil kerja anak murid:
lukis Gerhana matahari dengan menggunakan komputer.
lukis Gerhana bulan dengan menggunakan komputer.
lukis Gerhana bulan dengan menggunakan tangan dalam buku latihan.
lukis Gerhana matahari dengan menggunakan tangan dalam buku latihan.
Sila lihat:
terima atas perkongsian cikgu. maklumat yang lengkap dan jelas.
回复删除terima kasih!
回复删除Maklumat yang jelas dan berguna, terima kasih cikgu.
回复删除en,harap dapat menolong anda memahami Fenomena Gerhana Bulan dan Gerhana Matahari
回复删除Maklumat yang sungguh jelas bersamaan gambar dan video yang menarik.Bagus!
回复删除harap video ini dapat menolong cikgu dalam menajalankan p&P
删除Syabas, nota ringkas dan padat dan sangat sesuai untuk kefahaman murid-murid. Teruskan usaha lagi.
回复删除harap nota ini dapat menolong anak murid kita
删除Tahniah!Perkongsian ilmu yang amat berguna dan memanfaatkan semua.Pastinya murid-murid cikgu dapat menimba ilmu yang luas melalui segala maklumat yang dipaparkan di sini.Blog yang berjaya dan dicontohi.
回复删除terima kasih!!saya akan buat dengan baik P&P saya
删除Maklumat yang bermakna
回复删除terima kasih
回复删除terima kasih
回复删除