Solar System & Selamatkan bumi




Solar System


Sila tekan九大行星的资料




Mercury




Venus


Earth
                           

The Moon


First Moon Landing 1969



Walking On The Moon - Apollo 11


Mars

Jupiter
Saturn
Uranus
Neptune

******************************************************


WORLD ENDING on DEC. 21, 2012 ?




   


Beakhirnya riwayat manusia??

~ Disebabkan oleh bencana alam 
   ataupun  pembuatan manusia

    


              

         

        


    

      

 




Akibatnya:

        

     

 


 




 

Adakan bumi kita akan musnah? bincangkan... ...



Misi untuk Menyelamatkan Bumi Kita




          

             Isu kepanasan global merupakan satu fenomena kepada kita semua! Apakah impak perubahan iklim kepada kita sebagai seorang individu di atas bumi ini? Menyelamatkan bumi ini merupakan satu misi yang harus kita amalkan. Perubahan iklim global telah mendatangkan ancaman kepada kita. Impak perubahan iklim telah mengakibatkan malapetaka kepada alam kita (kepanasan, tsunami, banjir, kemarau, gempa bumi) dan krisis ekonomi (kekurangan makanan dan minyak) kepada manusia. Keadaan ini akan melarat sekiranya langkah penyelesaian tidak diusahakan.



            Sebagai respon terhadap fenomena ini, semua warga SJK (C) Seg Hwa sedang melaksanakan beberapa program pemuliharaan dan pemeliharaan alam seperti berikut:

1.   Mewujudkan kesedaran terhadap pentingnya menyelamatkan bumi kita

            Di peringkat sekolah, kita sedang berusaha untuk mempromosikan kepentingan Konsep 3R-(R-kurangkan penggunaan, R-guna semulakan dan R-kitar semulakan) dilaksanakan melalui cara-cara berikut:

a.  
 Koordinasi ‘Go, Go Green’ dengan ceramah bertajuk 3R bersama persembahan power point yang disampaikan warga guru kepada para murid. Amalan terus konsep 3R.


b.   Menyampaikan bin 3 warna/bin kitar semula untuk mengutip bahan buangan seperti bekas aluminium, kertas, suratkhabar, kotak dan kaca.

c.  
 Meletakkan sebuah bekas untuk mengutip kertas buangan di setiap bilik darjah, bilik guru, pejabat dan bilik guru besar. Kertas yang kosong boleh diguna semula. Kertas yang tidak dapat diguna akan dihantar untuk dikitar semula.

d.  
 Mewujudkan sudut alam sekitar untuk mempamerkan maklumat tentang kesedaran pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar yang bertujuan menuntut penglibatan aktif daripada semua warga sekolah dan masyarakat setempat.

2.   Go! Go Green! (Penghijauan)

Untuk menghijaukan kawasan sekolah, kami telah mengadakan beberapa aktiviti:

a.   ‘Landscaping’ - Kawasan sekolah telah dibahagikan kepada tujuh taman angkat di bawah jagaan tujuh kumpulan warga SJK (C) Seg Hwa yang terdiri daripada staf sekolah, murid, PIBG dan lembaga pengurus sekolah.

b.   Program Seorang Pelajar Sepohon Pokok - Setiap murid memiliki sepohon pokok. Tujuan program ini adalah untuk memupuk dan menyemai cinta akan tumbuhan dan alam sekitar pada murid kita.

c.   Penanaman Sayur-sayuran dan Buah-buahan Tempatan - Keluarga basar SJK (C) Seg Hwa melibatkan diri secara aktif dalam penanaman sayur-sayuran (kangkung dan cangkuk manis) dan buah - buahan tempatan (nanas, betik, kelapa, dan pisang) di dalam kawasan sekolah. Ini bukan sahaja bertujuan untuk menghijaukan kawasan sekolah tetapi program ini juga dapat memupuk sifat jimat cermat di kalangan warga sekolah.


3.   Menghasilkan kompos

            Semua ahli PALS dan ahli-ahli persatuan beruniform sekolah telah melibatkan diri dalam penghasilan kompos. Kami menghasilkan kompos daripada daun dan bahan pokok yang dicantas. Daun dan dahan pokok yang dikumpulkan dalam bin dawai yang disediakan telah dibiarkan berhujan dan berjemuran di bawah matahari. Kemudian bahan tersebut akan dipijak untuk menjadi padat dan ditutup dengan kain kanvas lalu dibiarkan menjalani proses fermentasi. Selepas 3 hingga 6 bulan, kompos akan terhasil.

4.   Enzim Environment/Enzim Sampah
      (http://www.o3enzyme.com)

Apakah enzim enrironment?

Enzim Environment Dr Rosukun’s merupakan satu bahan organik komplek yang terdiri daripada rantai protin dan zat galian serta hormon juvenile.

Fungsi enzim environment:

-
 Dekompos
-
 Transformasi
-
 Kompos
-
 Katalisis/Pemangkin (Hasil katalisis, ozon yang terhasil dan akan mengurangkan kandungan karbon dioksida dalam udara dan seterusnya akan mengurangkan kepanasan global)

            Diperingkat sekolah setiap murid menyertai aktiviti menghasilkan enzim environment.Saki baki daripada dapur(kulit buah,sayur-sayuran)telah dikumpulkan,Selepas itu,tiga bahan pembuatan enzim utama(gula hitam/molasses,buah kulit/sayur-sayuran dan air) dalam nisbah 1:3:10 akan dicampur dan dibiarkan untuk menjalankan proses fermentasi dalam bekas yang bertutup rapat untuk tempoh 3 bulan sehingga enzim environment berjaya dihasilkan.

           
 Dalam pertanian, enzim environmen digunakan:

- Untuk mengurangkan kegunaan baja kimia.
- Untuk membebaskan ladang daripada serangan serangga dan penyakit  
   merebak.
- Sebagai baja organik untuk penanaman sayur-sayuran.
- Sebagai pesticide dan herbicide yang asli.
- Untuk menjadi tanah yang ketandusan kepada ladang yang subur.
- Untuk menjadi udara segar dan bersih di ladang.

Dalam rumah enzim digunakan:

- Sebagai bahan pencuci untuk mengelap lantai dan mencuci kereta.
- Untuk menghilangkan bau dan bahan berminyak di dalam dapur dan tandas.
- Sebagai agen anti-bacterial dan anti-viral.
- Untuk menghalau serangga.
- Untuk mengelap permaidani dan membuang kekotoran.
- Untuk mencuci dan menyeterika baju.

Mempromosikan Beg Kitar Semula
Bersama dengan PIBG, Lembaga Pengurus Sekolah, NGO dan bekas murid dan warga SJK (C) Seg Hwa akan menggunakan beg kitar semula untuk menggantikan beg plastik.

Sebagai permulaan, sebanyak 2000 helai akan dipesan. Setiap murid SJK (C) Seg Hwa akan memiliki sebuah beg. Pihak SJK (C) Seg Hwa meminta sokongan daripada sekolah-sekolah, persatuan-persatuan atau individu-individu dengan kos minimum sebanyak RM 5.00 per beg. Wang daripada beg akan dijadikan wang tabung sekolah untuk digunakan dalam aktiviti-aktiviti pemuliharaan dan pemeliharaan alam.

EM Effective Microorganisms




EM菌液的主要成分包括
      光合菌群 乳酸菌群 酵母菌群 革兰氏阳性放线菌群(好气性) 发酵系的丝状菌群(嫌气性)。EM菌液的主要功能是造就良性生态。
     只要施用恰当,它就会与所到之处的良性力量迅速结合,产生抗氧化物质,清除氧化物质,消除腐败,抑制病原菌,形成适于动植物生长的良好环境,同时,它还产生大量易为动植物吸收的有益物质,如氨基酸有机酸、多醣类、各种维生素、各种生化酶、促生长因子抗生素抗病毒物质等,提高动植物的免疫功能,促进健康生长,从而在减轻劳动、降低成本、提高产量、改善品质,提前上市,使人们吃(用)上无污染的高质量产品的前提下,提高全社会的生产水平和生活质量,保护地球环境和人类美好的家园。


 KEBAIKAN PENGGUNAAN EM
  1. Menjimatkan kos ubatan dengan mengurangkan penggunaan antibiotic
  2. Produk yang dihasilkan bebas daripada kesan-kesan sampingan
  3. Produk yang mesra alam
  4. Tingkatkan tumbesaran ternakan dan tanaman;
  5. Mudah digunakan
  6. Menghilangkan bau ammonia
  7. Megurangkan pembiakan lalat
  8. Mengurangkan Kadar Tukaran Makanan (FCR)
  9. Penghasilan baja organik atau kompos.


Recycle SJK C SEG HWA.wm


Go! Go Green! Memulihara dan Memelihara bumi ini merupakan tanggungjawab setiap penghuni di bumi ini. Menginisiatifkan program kitar semula merupakan salah satu misi bagi semua warga SJK (C) Seg Hwa. Pihak kami menyeru penyertaan daripada semua penghuni bumi ini untuk menyertai misi kami. Kami menyeru kalian supaya memberi respons kepada misi kami untuk menyelamatkan bumi kita ini!




Selamatkan Dirimu dengan Selamatkan Bumi



Nilai-nilai murni:cintailah alam sekitar






Animasi Jangan Membuang Sampah Sarap Di Sungai





Jangan Buang Sampah Sembarangan!




LALAT PUN MINTA TOLONG







12 条评论: