2012年12月5日星期三

Fenomena Gerhana Bulan dan Gerhana Matahari


Objektif: 
murid-murid dapat tahu kejadia Fenomena Gerhana Bulan dan Gerhana Matahari.


            Gerhana terdiri daripada dua, iaitu gerhana Bulan, dan gerhana Matahari. Kedua-dua ini berlaku apabila Bumi, Bulan dan Matahari betul-betul berada pada satu garisan yang lurus.  

Yang membezakan antara dua jenis gerhana ini ialah, apakah yang berada di tengah-tengah?
Apakah yang membentuk bayang-bayang gergasi? 
Apa pula yang terlindung?

Kita sedia maklum, Matahari adalah sumber cahaya utama di alam semesta ini terutama Sistem Suria kita.

Kita pergi satu demi satu melihat kejadian Fenomena Gerhana Bulan dan Gerhana Matahari:


         Gerhana Bulan berlaku apabila Bulan – Bumi – Matahari, tersusun sebegitu pada garis lurus.Manakala, gerhana Matahari berlaku apabila Bumi – Bulan- Matahari, tersusun sebegitu pada garis lurus. Lihat rajah di atas.

Apabila kejadian atau situasi di atas berlaku, cahaya Matahari akan dihalang oleh objek yang amat besar. 

Gerhana Bulan dihalang daripada menerima cahaya Matahari kerana bayang-bayang Bumi.






            Jangan terkeliru dengan fasa bulan! Fasa bulan berlaku dalam tempoh 28 hari, di mana bula berputar mengelilingi Matahari dalam tempoh tersebut. Sedangkan gerhana Bulan hanya berlaku pada ketika bulan purnama (full moon) kira-kira 13-17 hb hijrah, 

Di mana perubahan bentuk Bulan hanya berlaku pada malam yang sama.



              Gerhana Matahari pula berlaku apabila sebahagian atau keseluruhan Matahari dilindung oleh objek yang besar iaitu Bulan.


            Bayang-bayang Bulan yang besar menutup bahagian kecil Bumi menjadikan sekitarnya menjadi gelap-gelita – seperti malam, dan berlaku pada masa yang singkat sahaja.

 





           Sekiranya kita berada dalam situasi gerhana Matahari, kita tidak boleh melihat Matahari secara langsung. Ini kerana cahaya Matahari yang sangat tajam boleh merosakkan titik fokus dalam mata yang boleh menyebabkan buta.

          Jadi, gunakanlah alat bantu yang sesuai, seperti negatif filem hitam yang ditindih kira-kira 3 keping, atau melalui besen berisi air, atau cermin mata khas seperti gambar di atas (bukan cermin mata 3D yang diberi pinjam di pawagam! Itu tidak boleh!)

 

 

         Salah satu kejadian unik yang berlaku semasa gerhana Matahari penuh ialah fenomena gerhana cincin.



                Ini terjadi kerana bahagian Bulan yang berkawah tidak menutupi selengkapnya bahagian Matahari. Oleh sebab itu,bahagian tertentu itu melimpahkan cahaya Matahari seperti batu cincin yang berkilau.


Gerhana Matahari penuh.
  



 Betapa indahnya suasana kejadian alam semula jadi 


Hasil kerja anak murid:

 lukis  Gerhana matahari dengan menggunakan komputer.

 lukis  Gerhana bulan dengan menggunakan komputer.


 lukis  Gerhana bulan dengan menggunakan tangan dalam buku latihan.


 lukis  Gerhana matahari dengan menggunakan tangan dalam buku latihan.


Sila lihat:

Gerhana Bulan





Gerhana Matahari





2012年10月5日星期五

Fenomena Alam : Kejadian Siang dan Malam


Objektif: Pelajar dapat memahami kejidian Siang dan Malam.

         Siang dan malam terjadi kerana bumi berputar di atas paksinya mengelilingi matahari. Putaran bumi tersebut menyebabkan sebahagian daripada bumi terdedah kepada cahaya matahari. Ini menyebabkan berlaku siang. 

 




     Malam pula berlaku kerana sebahagian lagi bumi terlindung daripada cahaya matahari.






          Perbezaan siang dan malam di sesuatu kawasan kecuali di kawasan Garisan Khatulistiwa disebabkan oleh kecondongan bumi iaitu 66 1/2 ° dari satah orbit hemisfera selatan mengalami waktu siang lebih panjang daripada waktu malam pada 22 hb Disember. Matahari berada tegak di Garisan Jadi Sementara semua kawasan hemisfera utara mengalami waktu siang lebih pendek berbanding dengan waktu malam.

          21 Mac dan 23 September apabila matahari berada tegak di Garisan Khatulistiwa, seluruh dunia akan mengalami waktu siang dan malam yang sama panjang. Manakala, apabila matahari berada tegak di Garisan Sartan pada 21 Jun semua kawasan di hemisfera utara mengalami siang lebih panjang daripada malam. Waktu siang lebih pendek berbanding malam di hemisfera selatan.




Eksperimen:

Anak murid sedang menjalankan eksperimen untuk memahami Fenomena siang dan malam.

Anak murid sedang menjalankan eksperimen dan berbincang kejadian siang dan malam.


Saya sedang menjalankan P&P menerangkan kejadian siang dan malam /  kerja rumah anak murid.


Sila lihat:





2012年10月3日星期三

Fenomena Perubahan Keadaan Air dalam Pembentukkan Awam dan Hujan 雨的循环





Objektif: Pelajar memahami Pembentukkan Awam dan Hujan 

        Hujan adalah peristiwa turunnya air dari langit ke bumi. Awalnya air hujan berasal dari air dari bumi seperti air laut, air sungai, air danau, air waduk, air rumpon, air sawah, air comberan, air susu, air jamban, air kolam, air ludah, dan lain sebagainya. Selain air yang berbentuk fisik, air yang menguap ke udara juga bisa berasal dari tubuh manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan, serta benda-benda lain yang mengandung air,

        Hujan merupakan satu bentuk presipitasi yang berwujud cairan. Presipitasi sendiri dapat berwujud padat (misalnya salju dan hujan es) atau aerosol (seperti embun dan kabut). Hujan terbentuk apabila titik air yang terpisah jatuh ke bumi dari awan. Tidak semua air hujan sampai ke permukaan bumi karena sebagian menguap ketika jatuh melalui udara kering. Hujan jenis ini disebut sebagai virga. 

      Hujan memainkan peranan penting dalam siklus hidrologi. Lembaban dari laut menguap, berubah menjadi awan, terkumpul menjadi awan mendung, lalu turun kembali ke bumi, dan akhirnya kembali ke laut melalui sungai dan anak sungai untuk mengulangi daur ulang itu semula.

         Air-air tersebut umumnya mengalami proses penguapan atau evaporasi akibat adanya bantuan panas matahari. Air yang menguap / menjadi uap melayang ke udara dan akhirnya terus bergerak menuju langit yang tinggi bersama uap-uap air yang lain. 

         Di langit yang tinggi uap tersebut mengalami proses 
pemadatan atau kondensasi sehingga membentuk awan. Dengan bantuan angin awan-awan tersebut dapat bergerak kesana-kemari baik vertikal, horizontal dan diagonal, Akibat angin atau udara yang bergerak pula awan-awah saling bertemu dan membesar menuju langit / atmosfir bumi yang suhunya rendah atau dingin dan akhirnya membentuk butiran es dan air. Karena berat dan tidak mampu ditopang angin akhirnya butiran-butiran air atau es tersebut jatuh ke permukaan bumi (proses presipitasi). 


         semakin rendah suhu udara semakin tinggi maka 
es atau salji yang terbentuk mencair menjadi air, namun jika suhunya sangat rendah maka akan turun tetap sebagai salji.





Nota ringkas Pembentukan hujan terjadi dalam

 3 peringkat.:


Pertama,

Bahan asas dalam hujan naik ke udara melalui

tiupan angin. 


Kemudian, 

Awan pun terbentuk dan 


Akhirnya,

Titisan hujan pun timbul.





Sila Tekan:
http://v.youku.com/v_show/id_XMjE3NjMwOTQ0.html

Sila Tekan:
http://v.youku.com/v_show/id_XMjE3NjMzMjI0.html

PROSES TERJADINYA HUJAN:




Sila lihat:







Kami suka Sains






Waktu menjalankan Eksperimen